LatarbelakangPuak Gaul mempunyai pertahanan yang baik,iaitu mempunyai kapasiti gua yang lebih besar dari puak lain iaitu 2 kali ganda. Dan paling merbahaya ia mampu menghasilkan perangkap yang mampu menyebabkan askar yang menyerang terperangkap disitu.Oleh itu sekiranya anda berfikir untuk menyerang puak ini fikirkan strategi untuk melepasi perangkap mereka juga.
Bagaimana untuk menyerang dan melepaskan diri dari perangkap puak Gaul:
- JANGAN lakukan serangan secara SERBUAN ketika menyerang puak ini, lebih baik menyerang dengan serangan NORMAL.
- Ini kerana serangan SERBUAN akan menyebabkan askar anda memasuki perangkap yang disediakan oleh puak Gaul.Oleh itu bagi membebaskan askar yang terperangkap , kita perlu mengunakan serangan NORMAL manakala serangan SERBUAN TIDAK dapat membebaskan askar anda dari perangkap.
- Disamping itu kita perlu mengantar askar melebihi perangkap yang ada di pihak puak Gaul.
- Walaubagaimanapun anda perlu berhati-hati kerana kerana bilangan perangkap yang telah dibuat oleh puak Gaul kerana di tahap 1 mungkin terdapat 10 perangkap jadi anda perlu mengantar askar anda seramai 11 orang.
- Walaubagaimanapun maksimum perangkap adalah 200. sekiranya hendak menyerang puak Gaul kita memerlukan 201 askar bagi memastikan askar kita terlepas dari perangkap maut puak Gaul.
- Bagi membebaskan askar yang termasuk perangkap, kita perlu menyerang dengan bilangan askar yang melebihi perangkap yang sedia ada dengan menggunakan serangan Normal dan tidak dengan serangan SERBUAN.
- Sekiranya perlu kita boleh meminta bantuan dari ahli-ahli persekutuan untuk membebaskan askar kita terutamanya setelah kehabisan askar.
- Dengan bantuan serangan dari ahli persekutuan,mereka dapat membantu melepaskan askar anda yang telah terperangkap dalam perangkap puak Gaul.
- PERINGATAN sekiranya menyerang puak Gaul, gunakan serangan NORMAL bagi memastikan kepulangan askar anda.
No comments:
Post a Comment